Thursday, March 4, 2010

Booth Laman Seni kini di buka


Selamat datang ke Laman Blog LamanSeni PABKL ( Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur).

tahun 2010 ini adalah tahun pertama Laman Seni ditubuhkan sempena Pesta Buku Antarabngsa Kuala Lumpur. Laman Seni berlangsung selama 10 hari dari 19 Mac -28 Mac 2010.

Apa itu laman Seni?

seperti Laman Seni di Balai Seni Lukis Negara, di PABKL menyediakan ruang/booth/meja untuk anda mempromosi dan menjual barang-barang hasil karya/buatan anda sendiri seperti lukisan mahupun naskah zine, hasil kreatif anda sendiri.

Ingat bukan barang makanan, barangan dagangan yang komersil, berdaftar atau buku yang di jual secara rasmi di kedai-kedai. ianya bukan jualan produk makanan atau minuman.

Hanya barangan milik hasil kerja atau seni anda sahaja.

syarat2 untuk membuka meja/booth di laman seni:

1. Laman seni disediakan untuk untuk artis, illustrator, self publisher, penulis, pelukis menyewa tapak untuk menjual hasil seni mereka.(bukan barangan runcit seperti makanan dan minuman)

2. Permohonan untuk laman seni mesti menepati ciri-ciri berikut;

Sesuai untuk keluarga (family friendly)

Hasil karya adalah hasil seni yang original, bukan menjual produk dikilang (mass produced product) atau barang yang dikeluarkan/di terbitkan secara pasaran terbuka.

Harga sederhana

Berkaitan dengan buku, seni dan ilustrasi dan bertemakan buku

1. Bayaran untuk menyewa:

Laman Seni RM300.00 untuk 10 hari

1. Penyewa di ruang Laman Seni akan disediakan ruangan sebesar 1 meter x 1.5 meter, satu meja dan juga 1 kerusi untuk mempamerkan hasil kerja seni mereka.

2. Segala pembayaran hendaklah dibuat di atas nama MBIC Sdn. Bhd. Cek mesti disertakan dengan borang tempahan.

3. Tarikh tutup permohonan adalah 10 Mac 2010, jam 5 petang.

4. Pembatalan selepas tempoh tutup permohonan akan dikenakan bayaran caj sebanyak 50%

5. Pihak penganjur berhak menolak sebarang tempahan tanpa memberi notis terlebih dahulu

6. Pihak penganjur berhak membuat perubahan ke atas permohonan sekiranya perlu

7. Surat jawapan akan dikeluarkan melalui emel rasmi anda seperti yang disertakan di dalam borang permohonan ini.


Sila Fax Borang yang Lengkap Ke 03-61890316/61891316

Emel: ariefhs@pts.com.my

atau hubungi azhar:017-6052119 atau Raina :016 6613351